Salmon sebagai Puri untuk bayi anda?

Mungkin agak pelik dan jarang didengari, tapi tahukah anda Ikan Salmon mengandungi Omega 3 yang tinggi dan amat baik untuk perkembangan otak bayi. Antara kebaikan lain yang terkandung di dalam ikan salmon adalah seperti:

  1. Mengandungi DHA dan AHA yang baik untuk penglihatan bayi
  2. Membantu risiko penyakit jantung untuk bayi
  3. DHA dalam ikan salmon dapat membantu meningkatkan imunisasi bayi
  4. Omega 3 di dalam ikan salmon juga dapat melindungi bayi dari penyakit kulit yang bahaya

Mencampurkan ikan salmon di dalam makanan diet bayi amat digalakkan. Ia menjadi pilihan lain bagi ibu selain dari isi ayam dan juga campuran ikan bilis. Ia mudah dihadam oleh bayi anda. Di bawah saya kongsikan cara penyediaan bubur ikan salmon untuk para ibu di luar sana.

Bahan-bahan:

  • 50 gram beras
  • seulas bawang putih yang telah ditumbuk
  • sedikit halia yang telah ditumbuk
  • 50 gram fillet ikan salmon
  • 25 gram lobak merah
  • 25 gram labu
  • Air secukupnya

Cara Memasak:

  • Didihkan air dan kemudian masukkan semua bahan-bahan diatas
  • Kacau sentiasa bagi mengelakkan bubur menjadi berketul-ketul
  • Setelah bubur masak¬† biarkan seketika sehingga sejuk untuk dikisar halus

Nota: Boleh juga campurkan sedikit keju atau unsalted butter ke dalam bubur.

Harap perkongsian ini dapat membantu anda! Selamat mencuba!

 

pengejar25

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *